Header Ads Widget

Tempat Menarik di Melaka - Menara Taming Sari

Salah satu tempat menarik di Melaka yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara ialah Menara Taming Sari. Menara Taming Sari mula di buka kepada orang ramai mulai 18 April 2008 dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka ketika itu iaitu Tan Sri Mohd Ali Rustam pada 17 Mei 2008.


Dari ketinggian 80 meter dan pemandangan sejauh 5km, pelawat dapat menyaksikan banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah seperti Selat Melaka, Kompleks TUDM,  Stadthuys, Puncak St. Paul, Memorial Kemerdekaan, Pulau Melaka dan Masjid Negeri. Tempoh perjalanan adalah 7 minit dan kapasiti penumpangnya adalah 80 orang. Ketinggiannya ialah 110 meter. Pastinya dengan keindahan  Selat Melaka yang luas serta pemandangan dan pembangunan yang pelbagai dan pesat, lawatan mereka tidak akan mudah dilupakan serta meninggalkan kenangan. Menara Taming Sari yang unik ini pastinya satu tarikan yang tidak boleh dilepaskan.


Post a Comment

0 Comments